Feeds:
Posts
Comments

BERITA PENTING (UPDATE 1)

MAKLUMAT TERKINI

Salam.

Pencipta  Facebook  Keluarga Hj Mohamad Yusof, Nadzatul Hazareen, telah ubah suai tatacara hendak memasuki akaun Facebook KHMY.

Sila ambil perhatian  seperti berikut :-

1. Bagi mereka yang sudah ada akaun Facebook, anda hanya perlu  klik   menu Group.

2. Anda akan berjumpa dengan  gambar pengenalan Keluarga Hj Mohamad Yusof,  dibawah tajuk Groups . Sila klik .

3. Untuk makluman hanya “Creator”  yang akan jemput  ahli keluarga untuk menjadi  ahli “Facebook KHMY”.

4.  Oleh itu bagi ahli keluarga yang belum ada akaun  Facebook terpaksalah buka akaun.

5.  Sila abaikan tatacara  pada pos yang bertarikh 5 Feb 2010.

6.  Sekian.Terima kasih.

(note: Hopefully there’s no more changes after this)

BERITA PENTING !

Assalam mualaikom semua.

Sukacita dimaklumkan bahawa profil KHMY telah dibuka dalam Facebook. Tujuan membuka profil ini adalah untuk menggantikan weblog Keluarga Haji Mohamad Yusof. Sebagai pengasas weblog ini saya ingin mengundur diri daripada  mengendalikannya.

Walaubagaimana pun saya akan memberi tempoh sementara kepada hayat weblog ini sebelum saya berhentikan sepenuhnya sehingga masing-masing telah tahu cara menggunakan Facebook KHMY. Sementara tempoh hayat ini berjalan, jika anda ada nak komen dalam weblog keluarga , masih boleh lagi. Cut-off  Date sebenar akan dimaklumkan.

Untuk makluman semua Facebook KHMY akan dikendalikan oleh Nadzatul Hazareen. Sekiranya anda ada mengalami sebarang permasalahan mengenai  akaun ini sila rujuk kepada Erin. Oleh kerana masing-masing “budak baru belajar”, maka jika ada sebarang kelemahan teknikal didalam mengendalikan Facebok KHMY ini diharap  sama-sama  dapat perbetulkan. Sila lihat para dibawah sekali  tatacara bagaimana hendak memasuki Facebook KHMY.

Disini, saya ingin mengambil  kesempatan  untuk  menyusun jari sepuluh memohon maaf kepada semua ahli KHMY sekiranya selama saya mengendalikan weblog  ini , telah mengguris dan melukai  hati mana-mana pihak samada melalui pos-pos atau pun sikap dan tuturkata saya.

Sebagai seorang hamba Allah yang tidak sunyi daripada membuat kesilapan…..tiada niat langsong nak tunjuk lagak.

Salam takzim daripada saya.

Yang Ikhlas,

Latipah Sidek

 

 

PERHATIAN

Cara memasuki Facebook amatlah senang. Sila amati arahan berikut :-

1. Taipkan  alamat sesawang ini :  http://www.facebook.com

2.  Anda akan ketemu halaman induk (Homepage) Facebook dimana anda perlu memasukkan nama pengenalan kedalam kotak  Email dan kata laluan kedalam kotak Password.

(  Anda akan diberitau  oleh pengendali  dalam masa yg terdekat ini, nama pengenalan dan kata laluan tersebut samada melalui alamat emel atau  sistem pesanan rengkas. Sila anggap maklumat ini sebagai rahsia.)

3. Setelah langkah diatas, anda akan dibawa ke muka halaman,  Welcome to Facebook , Keluarga.

 Sila tekan  menu Profile.  Kemudian muka halaman akan bertukar ke Wall/ Publisher KHMY.  Waalla !..Anda sudah boleh tinggalkan   pesanan.

4. Anda boleh taip pada Wall  /Publisher KHMY untuk meninggalkan pesanan atau maklumat  penting  bagi tujuan ahli-ahli yang lain membacanya. Ahli-ahli yang lain  pula boleh memberi  ulasan secara mengklik kepada perkataan “Comment

5. Langkah no.4 hanya dapat dilaksanakan apabila memasuki Facebook dengan mengguna nama pengenalan ( Login ID ) dan kata laluan (Password) yang akan diberi kepada anda. Semua ahli hanya mengguna satu nama pengenalan dan kata laluan.

6. Langkah seterusnya  iaitu langkah yang paling penting  ialah, sila taipkan nama anda apabila hendak  meninggalkan pesanan ke dalam ruang  yang telah disediakan  pada Wall /Publisher KHMY. Ini adalah mustahak kerana pembaca tidak akan kenal siapa yang  telah  taip ke dalam ruang tersebut kerana masing -masing hanya akan dikenali sebagai Keluarga Hj Mohamad Yusof. Diharap semua ahli akan mematuhi arahan ini.

(Sila lihat contoh dalam Facebook KHMY ).

7. Kepada mereka yang  sudah pun ada akaun Facebook,  anda tidak boleh memasuki Facebook KHMY dengan nama pengenalan dan kata laluan persendirian anda walaupun dengan menggunakan kemudahan Search dalam Facebook. Ini adalah untuk tujuan Privacy, supaya mereka yang bukan ahli keluarga tidak dapat memasuki Facebook KHMY walaupun mereka adalah Friends Friends atau pun Only Friends.

8. Sekian dan selamat mencuba.

 

Dan Sebenarnya…….

Assalam mualaikom pembaca sekelian, Selamat Tahun Maal Hijrah 1431.

Videoclip ini  saya tujukan khas kepada anakanda lionkill dengan pesanan , “Apa khabar ayahanda lionkill , Lion of the Desert?”

 

p.s. Jgn marah ye, gurau je.

10 DZULHIJJAH 1430H

Bismillahirahmanirrahim….

Pembaca sekelian yang dirahmati Allah.

Kita masih berada dalam bulan Dzulkaedah. Jika mengikut kalender Julian, InsyAllah, Hari Raya Aidil Adha akan disambut pada 27 Nov. 2009 iaitu 10 Dzulhijjah 1430 H yang jatuh pada hari Jumaat.

Marilah kita bersama-sama mendoakan kaum muslimin dan muslimat yang sekarang ini telah pun berada di Tanah Suci Madina Munawarah dan Mekah Mukaramah agar mereka di restui dan dirahmati oleh Allah kerana bertujuan mengerjakan rukun Haji, iaitu rukun Islam yang kelima.

Disamping itu janganlah  pula  lupa kepada saudara kita, Jasmin Johar Ariffin dan Hashim Muhammad yang turut mengerjakan rukun Haji pada tahun ini. Kepada saudara-saudara  kita seterusnya yang turut  juga mengerjakan Haji pada tahun ini kami iringkan doa dari jauh.

Semoga semuanya selamat kembali ke tanah air dengan  mendapat Haji mabrur. InsyAllah.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

fireworks-03-june

                                                                                                                                                                                                                               

fireworks-05-june1

 

                                                                                                                                                           fireworks-03-junefireworks-07-june

 

fireworks-02-june2

 

                                                                            fireworks-06-junefireworks-07-june

 

Assalam mualaikom pembaca sekelian,

Selamat menyambut Aidil Fitri  dan Maaf dipinta sekiranya  penulis keterlaluan bahasa  dan laku sehingga menyebabkan terguris  dan terbuku dihati. Sila nikmati lagu-lagu Nostalgia Raya di  “box” biru pada sidebar blog ini. Terima kasih.

As of today, 21 Ramadhan, meaning that we have only 8 days to perform fasting in this very month of Ramadhan. As recommended by Rasulullah SAW, that this last third of Ramadhan is the ‘release from hellfire’ so we should grab this opportunity to stop committing sins and other manners lead to sin.

Actually this last third is the most challenging period of the month, because we have to fight with other big thing – Raya preparation. Beside iktikaf and reciting al-Quran , we usually focus to ‘main bunga api’, or ’shopping for raya’, or ‘pasang langsir’ or ‘buat kuih raya’. So it is really a perfect motivation when Rasulullah once said “Seek for Lailatul Qadar (night of decree) in the odd, last 10 nights of Ramadhan” (HR Bukhari & Muslim). So for most people, other than overwhelming by raya preparation, they’ll go for seeking the lailatulqadar, a night that is better than 1000 months.

This last ten days also a good time to ponder about our amalan for this month, will it be only for Ramadhan? Or it’ll continous until we meet the next Ramadhan? Qiyamullail, reciting al-Quran, donation… should it stopped when Ramadhan left?

Some points to rethink before Ramadhan left, to see whether we make the full use of Ramadhan, or let it go just like that:

  • Did i perform solat sunat? Including terawikh, tahajud and so on?
  • Did I consistently read the Quran?
  • Did I give more focus in the 5-times-a-day prayer?
  • Did I invite anyone for iftar (buka posa)?
  • Did I be more patient?
  • Did I stop telling bad thing about anyone?
  • Did I give help for anyone needed?
  • Did I consistently check my intention and do things just because of Allah?
  • Did I consistently ask for Allah’s forgiveness?
  • Did I control my anger?
  • Did I ever annoy anyone in this month of Ramadhan?
  • Did I invite my family/friends to join the Ramadhan activities, i.e. iftar, tarawih, etc.
  • Did I do some transformation from bad to good?

This last 10 days of Ramadhan, let us ponder Ramadhan lesson, and bring it to the next month of Syawal and so on.

‘Malam 1000 Bulan’

Assalam mualaikom. Semoga anda sekelian dirahmati oleh Allah swt diatas ketaqwaan dan amal ibadah yang salih yang dikerjakan sepanjang  bulan Ramadhan ini. 

Pembaca sekelian, pada 10 Sep 2009, selepas masuk waktu maghrib, bermulalah tarikh 21 Ramadhan.Mengikut riwayat yang kuat, menyatakan bahawa Lailatul Qadar  berlaku diantara malam 21  dan sehingga terbit Fajar 1 Syawal. Riwayat ini dikatakan kuat kerana mengikut Aishah r.a., Nabi Muhammad saw memperkuatkan ibadahnya mulai malam tersebut daripada malam-malam sebelumnya sehinggakan baginda turut membangunkan kaum keluarganya yang tertidur  supaya beribadah. 

Oleh yang demikian, marilah kita berusaha untuk mengerjakan ibadah sebanyak munkin mulai 10 malam terakhir di bulan Ramadhan dengan tujuan diberkati  oleh Allah swt dengan Lailatul Qadar, iaitu satu malam dimana ibadah yang dikerjakan menyamai selama 1000 bulan kita beribadah. Alangkah bermurah hatiNya  Allah swt untuk memberi hambaNya, umat Muhammad saw, hadiah seumpama ini. Mengikut Anas Rasullullah lagi, penganugerahan Lailatul Qadar ini tidak berlaku sebelum umat baginda. Alangkah bertuahnya umat Muhammad saw. Maka jika kita abaikannya maka amat  rugilah kita.

Namun  begitu  adakah  Lailatul Qadar (LQ) akan berulang lagi? Mengikut  Ibn Umar, peristiwa LQ ini  tetap berlaku pada satu malam  di bulan Ramadhan. Ada pula sesetengah ulama berpendapat LQ hanya berlaku sekali sahaja iaitu  tatkala Al-Quran mulai diturunkan  buat pertama kali. Walau apa pun, yang pasti, kita umat Muhammad saw, harus berusaha memperbanyakkan ibadat sebagai memperteguhkan ingatan kita kepada peristiwa turunnya ayat -ayat suci, Al-Qurannul Qarim. 

Kepada anak-anak dan adik- adik  sekalian yang ingin mengenali apa itu Lailatul Qadar, tahukah apa yang berlaku pada malam itu? Menurut pendapat jumhur ulama’, dengan izin Allah swt, para ma’alaikat  dan roh (Jibrail) turun ke bumi untuk mengunjungi tempat kediaman orang-orang mukmin kecuali rumah-rumah yang ada anjing, khinzir dan patung didalamnya. Selain daripada para ma’alaikat, roh-roh orang mukmin juga turut  turun untuk menziarahi keluarga-keluarga mereka. 

Para-para ma’alaikat mengucup tasbih dan memohon keampunan bagi umat Muhammad saw sehinggalah sampai waktu fajar dimana mereka akan naik semula ke langit. Disamping  itu  Allah melipatkan RahmatNya kepada seluruh mukmin yang hidup baik pun yang mati. Betapa pemurah Allah  kepada hamba-hambaNya. Mengapa tidak  kita mengambil kesempatan ini?

Oleh itu sama-samalah kita berdoa ka hadrat  Ilahi supaya kita diberkati dengan RahmatNya pada ‘malam 1000 bulan’ ini yang datang hanya sekali pada setiap bulan Ramadhan atau pun munkin sudah berlalu dan hanya  berlaku  sekali sahaja. WAllah hu’alam.

 

Assalam mualaikom  pembaca sekelian.Berikut adalah satu lagi syarahan Yasir Qadhi tentang bagaimana  menjalinkan perhubungan antara kita dengan Allah Azalwajalah melalui  cara pertuturan kita.

 

 

 

 

 

Semoga syarahan ini memberi munafaat kepada kita semua. Ameen.

Syarahan Yasir Qadhi

Assalam mualaikom.Bersempena  Nuzul Al-Quran hari ini, sila hayati  syarahan daripada Yasir Qadhi, seorang penulis dan guru  Ugama yang telah menulis beberapa buku mengenai Islam.Beliau  adalah Dekan Bahagian  Hal-Ehwal Akademik  di Institiut AlMaghrib. Institiut AlMaghrib yang ditubuhkan pada 2001 oleh Muhammad Alshareef, ialah pusat pengajian Islam  yang berpusat di College Park, Maryland, Amerika Syarikat dan mempunyai  pejabat-pejabat di  Ottawa,Ontario, Kanada. Institiut ini bertujuan memberi ceramah/seminar kepada penduduk-penduduk Muslim  di Amerika Utara (USA), Kanada dan UK. 

Yasir Qadhi merupakan seorang rakyat Amerika yang berketerunan Pakistan, dilahirkan di Houston, Texas, US, pada tahun 1975. Beliau  mula belajar  di Sekolah Tinggi di Jeddah dan terus menyambong pelajarannya di Universiti Houston didalam bidang Kejuruteraan Kimia.Selepas memperolehi ijazah pertamanya, beliau bekerja buat seketika di Dow Chemical  tetapi telah berhenti  untuk kembali ke Saudi bagi meneruskan pengajian beliau mengenai Islam di Universiti Madinah. Seterusnya selama di Universiti Madinah beliau memperolehi ijazah keduanya dalam bidang Hadith dan MA (Ijazah Sarjana) dalam bidang Theology (Pengajian Keugamaan).

Buat masa ini beliau sedang menghabiskan Ijazah Kedoktorannya  didalam Pengajian Islam di Universiti Yale, New Haven, Conneticut. Beliau terkenal dikalangan Muslim di US, Kanada, England dan Australia dengan syarahan-syarahannya yang berdasarkan ajaran-ajaran Islam  daripada Universiti  Madinah dan pengajian barat (Universiti Yale).

 

1.  VIRTUES OF RAMADHAN

 [ Nota terkini : Harap maaf. Video sedang dalam penyelanggaraan. Akan dikemaskini dengan yg lebih baik.]

 

 

 

 

  
              

Sukacita dimaklumkan satu jamuan berbuka puasa akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh   :  5 Sep 2009, Hari Sabtu, bersamaan 15 Ramadhan 1430

Tempat :  Rumah Kg Baru

Hadirin/hadirat  :  Semua ahli keluarga (bloodlined and wedded)

Syarat  : Diminta bawa pencuci mulut/buah-buahan saja. Juadah utama akan disumbang oleh Datuk Othman Talib.

Permintaan Lain : Menuntut Tanah Pusaka di Seremban.

1. Ahli keluarga diminta bawa bersama fotokopi kad pengenalan  masing-masing (saiz A4) dan fotokopi surat kematian saudara /ibu bapa yang berkaitan. Ini bertujuan untuk urusan mengambil kuasa keatas mereka yang telah kembali ke RAHMATULLAH. Saudara Fizi melalui firma sahabatnya akan usahakan perkara ini.

Berjumpa disana dan terima kasih.

Older Posts »